Friday, October 14, 2011

Assalamualaikum. hehe. ni nak cerita. okay aku rindu kawan sekolah aku. nama dia junaidah :D dia comel, kecik je. solat tak pernah tinggal weh. alim hehe. tu pasal lah kot aku suka kawan dengan dia. aku rindu dia sangat sebab apa? okay dia ni satu satunya kawan aku yang memang lost contact habis masa lepas sekolah dulu. masa ambil result spm pun tak sempat jumpa sebab aku datang lambat. then, haritu aku ada hantar msg kat dia. tu bukan num dia sebenarnya. num mak dia. hmmm hmmm dia tak reply pun. so aku macam, ohhh maybe jun dah tukar num kan.

dalam dua minggu camtuh lahhhh, no replying text from her. kecewa jugak laa. semalam masa aku duduk melepak baring-baring baru bangun tidur tiba-tiba ada bunyi msg. tadaaaaa, msg dari jun. wowwww. hehe. seronok sangat. jun kata dia sekarang belajar dekat IKBN kuala kubu. ambil course bakery. yang buat buat kek tuh. hehe. memang sesuai pun dengan dia. dulu time sekolah selalu buat kek batik bawak datang asrama :')
kitaorang pun macam sembang sembang lahh semua. jun tanya pasal pika, sara , umy dengan beep. kelakar oh bila jun cakap camni. 'untunglah pika dengan sara masuk swasta. orang loaded kan.' hehe. jun ni adoi.
pastuh tadi jun msg dia mintak tanya macam mana lagu sekolah teknik kajang sebab dia kena denda nyanyi lagu tu sebab datang kelas lambat. hehe. habis semua kawan aku, aku call. jap lagi semua orang tak ingat. bapak sadis dohhh. kesian jun. dia kata lecturer tu asyik marah dia je sampai dia nangis2 masa buat roti. takpe jun, kalau aku jumpa dia, kita rotan dia reramai eh ! hihi.
hehe. ni masa sekolah dulu. time selekeh serabai dulu. sekarang dah comel :)
i love you jun. jangan lupa baca entry yang khas untuk kau ni heh.

No comments:

Post a Comment