Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 3, 2016

My travel wishlist!

Assalamualaikum semua. Goodmorning and happy working. Harini jumaat so macam eksaited sikit nak berblogging sbbnya esok cuti yahoooo. Post harini nak cakap pasal travel wishlist. hehe taktau la kenapa sejak dah kerja ni asyik nak pergi travel je. hati ni membuak je nak berjalan. maybe sebab dah dapat pegang duit sendiri kot? haa yela tu. haha. So travel wishlist aku mmg banyak la. Tahun lepas mmg aku nak sgt pergi Pulau Perhentian dekat Ganu. Sampai termimpi mimpi weh. hahahahah. Last2 bulan 9 dapat gak pergi sebabnya ada org nak join sekali. pergi ramai dlm berapa belas org tah. kitaorg duduk dekat amelia chalet. okay best sgt. hehe. So tahun ni aku & kenkawan iaitu bff forevah(eno,wawa) and lagi 2 org kawan depa dah booking tiket pergi Ho Chi Minh City, Vietnam. Bulan 9 gak. tiket returns yang sgt murah ok sbb tu kiteorg tak fikir apa beli terus. tak zabarrr nak backpackers. wuhuuuuuu. Nantikan gambarnya nnt dlm ni!(padahal nak share gmbr kemain payah) akan aku usahakan k nnt? haha. mcm la ada org baca hihi.
Selain dari 2 tempat kat atas banyak gila lagi tempat yang aku nak pergi contohnya Lombok, Indonesia. Yang tu aku dah survey2 dekat blog tengok budget dorg. tak la mahal mana. yang mahalnya tiket flight aje. so tu next destination lah. haha cakap mcm org kaya je kan. takpe duit kumpul nnt lama2 banyak lerrr. Seterusnya aku teringin nak pergi London And United Kingdom. hehe. yang tu mahal skit tapi kalau dapat cari pakej murah okay ah. Then haritu aku ada nampak satu travel agency tu dorg ada pakej ke korea murah nak mampus ok. hahahaa. macam best je. aku sebenarnya takde pun rasa nak travel ke korea tapi bila dah ramai sgt orang yang pergi and cakap best so wujudlah sedikit rasa nak pergi. haa tu kalau pergi honeymoon ke apa best gak, huhu. backpackers dengan laki haku aje. kau ado? wiwiwiwi.
Haaaaaaaa panjang pula aku menaip. nnt kalau dah pergi vietnam aku update blog pasal pergi sana eh? Bye korg. ;)

one of my wishlist. United Kingdom! Lawa gila ok:(

Friday, January 8, 2016

Welcome 2016

Assalamualaikum everyone! alhamdulillah dah masuk tahun baru 2016. syukur yang amat Allah masih beri kesempatan dekat aku kau kita semua untuk merasa hidup lagi dekat dunia ni. 2015 is the hardest year. Bermulanya tahun 2015 aku dah tak jadi seorang student and dah mula bekerja. dari situ aku banyak belajar erti tanggungjawab bukan hanya minta duit dekat mak ayah aje. hehehehe. banyak sangat dugaan hidup sampai kadang2 rasa nak give up tapi dah nama pun hidup ni kalau nak survive kau kena usaha. so whatever it is just be strong and usaha untuk jadi manusia yang lebih baik dimasa akan datang. Umur pun dah masuk 23 tahun. belum lagi lah sebenarnya sebab birthday bulan 4 tapi kalau ikut tahun dah la kan.

Tahun 2016 ni azam tu takde lah tapi mengharapkan semua benda baik baik je. Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, menjadi manusia yang lebih berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa serta dipercepatkan jodoh (eceh nak jugak :p) inshaAllah aminnn. Yelah kenkawan sebaya pun ramai benau dah kahwin and ramai dah nak kahwin. two of my bestfriends nak kahwin dah tahun ni. Macam tak sangka omg dorg dh nak kahwin omggggg. Hahahaha. Rasa macam baru je lepas habis sekolah tak sangka masa tu berlalu cepat sangat. Kerja pun dah masuk 9 bulan. Tak sangka cepatnya. Haha tu jelah yr. Nanti update lagi. Assalamualaikum :)

Wednesday, August 19, 2015

Aku dan Degree.

Assalamualaikum. Tak jawab dosa. Jawab sayang. Hehe. Tajuk tu berkenaan apa? Berkenaan degree. Hehe. So rasanya semua pun dah umum yang aku dah habis diploma. Lama dh pon since tahun lepas and almost setahun dah rasanya. Ramai yang tanya sambung degree tak? Kenapa tak sambung? Bla bla bla....

So jawapannya macam ni. Bukan taknak sambung belajar. Serious. Haha. But masa nak apply degree after habis belajar tu takda muet. Masa tu nak masuk degree dh wajin ada muet so macam tak amik lagi kan so tak boleh la apply. Then takpe la rezeki takde lagi. Pastu dgn niat nak masuk degree intake bulan 9 tahun ni aku pun buat lah muet pada bulan 3 haritu. Dah dpt pun result dia. And lagi sekali nak apply degree lah kan. Aku pun beli lah pin penerapan uitm kat bank bsn. Pastu cam leka leka sbb kerja kan. And aku mcm tak pasti bila tarikh tutup dia actually so cam tak serius la. Masa nak apply tu tup tup dia tulis dh tutup tarikh apply. Haha rasa nak nangis pun ade hoi. Tulah aku ni mmg org yang last minute. Tu mmg takleh nak ubah dari dulu. Hehehe. So takde lah rezeki nak sambung. Tapi niat tu mmg ade! Serious. sape yang taknak sambung belajar kan. Nak sgt ade degree. InshaAllah one fine day. Allah dh atur cantik dah perjalanan hidup kita ni. So bsrsyukur.
And now im having a really good n better life alhamdulillah. Dapat kerja yang okay eventho gaji ciput pun asalkan tak stress kawan kerja pun baik belaka. Masuk air. Persekitaran pun best. Okay sgt. Nothing to be regret pun pasal takdpt smbung degree for this time being. Hehe. Ok lah tu je nak cerita. Next time update lagi. Bue semuaaaa..

Thursday, July 2, 2015

Its been a long time......

Assalamualaikum wbt. Lamanya tak update blog niiiiiii. Just nak menceritakan jalan hidupku yang berliku liku ni. berliku lah sgt. Haha. Setahun weh tak update blog. Tetiba cam rindu zaman lama zaman suka bercerita. sekarang ni apa je instagram jelah. dengan twitter. btw aku dah habis belajar dah pun tahun lepas bulan 10 and dah konvo dah pun. hehehehe. alhamdulillah konvo dengan pointer yang boleh dibanggakan la. And now dah jadi wanita bekerjaya tau. haahah. tak sambung degree lagi. niat tu mmg ada tapi inshaAllah ada masa yang sesuai akan kusambung. Masa lepas habis diploma tu lama jugak la tanam anggur dekat rumah. sebab bila dapat kerja je ada je tak kena dengan jiwa raga. Kerja yang sekarang ok la notbad la......... nak dekat 3 bulan jugak la kat sini. hewwwww

Rindu sangat zaman sekolah zaman uitm..
Kepada yang baca ni lah. haha. just nak cakap aku rindu korg kayyyyy (pika umi sara beep)

and aku rindu jugak semua kawan2 aku dekat uitm.

Family tak la rndu pun sbb skrg duduk dgn family je haaaaa. jimat kos. daim ade je. sekarang jual insurans. sesiapa yang cam nak beli insurans tu bolehla pm hakak hokay.

Tu jelah nak cerita. oh btw sekrang ni tengah bulan puasa, alhamdulillah sempat merasa puasa lagi tahun ni. nak raya dah lagi 2 minggu je haaa.

k lah byyeee. ada masa update lagi ek. ni pun curi masa dekat office. tak dpt nak share gambr terkini. :)

Thursday, March 27, 2014

Final Exam!

Assalamualaikum & selamat malam. Malam ni tetiba rasa macam nak post entry. Taktau nak cerita apa tapi sekarang ni tgh final exam so wish me luck hehehe. So cerita pasal final la kan. Risaunya sem ni. Carry marks rendah2 tak macam sem2 lepas. Mungkin sebab banyak main tak serious banyak keluar dan sebagainya lah. Tapi apa ada hal kan. Carry marks just 40% , so lagi 60% tu final. Haritu paper first which is insurans. Soalan dia okay la tak susah sangat semua boleh jawab tapi taktau la boleh dapat A ke tidak. Yg bab kira2 tu tak pernah2 keluar pasal tu tetiba keluar tp aku main jawab je. Lantaklah hahahah. So another 3 paper to go and last paper pada 10hb april ni. Weeee last paypur last paypur. Hahahahaha. InshaAllah I will do the best for my parents. Sedihnya rasa nak tinggalkan housemates semua. Semua perangai mintak kaki tapi sayang semua. Faham tak sedih?! Whatever it is still tak sabar nak habiskan diploma and ke alam degree. Hehe. Doakan okay? Hope sangat pointer sem ni tak jatuh lagi2 cgpa:(
So tu jela nak kongsi. Ada masa kita jumpa lagi. Muah. Salam sayang, Atia.

Thursday, February 27, 2014

Assalamualaikum. salam 2014:)
Lamanya tak update blog ni. *lambai*
em takde ape pun nak cerita sebenarnya. just nak cakap yang aku dah 21 tahun. omg! dah boleh mengundi untuk pilihan raya dah haa. soooooo em no new story. takde kontroversi yang baru pun dalam hidup. perkembangan diri? mueheheh. semakin selekeh. semakin gemuk. em sedih tapi takpe a nak buat cane.... redhaaa.. hmmmm...
sekarang ni pukul 4.36 pagi and aku masih belum tidur. sebab apa? sebab tadi aku buat assignment and aku malas nak tidur sebab besok kelas pagi and aku em aku em besok mesti braai habis dekat kelas IT.
so... apa lagi nak bagitau eh? em masih study di Lendu kesayangan tapi dah duduk rumah sewa weeee. agak bebas sebab kalau nak keluar ke apa takpayah nak susah susah balik awal before 12. hehhehe. tapi sesak sikit la sebab gua asyik nak mintak duit kat ayah sebab nak bayar tu bayar ni, gua ni bukan orang yang pandai simpan duit katekoooo. sian ayah. hmmmmm. k.......
duduk rumah sewa so dapat kenal beberapa orang baru which is Safia, Memey, Zue & Domo. Dorang course AD. Yang si Mia Tyra & Ena budak masscom chuols. semua retis belakaaaa. hahahhha. seronok kawan ngan dorang ni semua kepala nak gila mereng je, semua nak bingits je haih malas ah nak cakap en. hahahahahah.
so final exam pun dah nak dekat. which is tinggal lagi tiga minggu nak start, tapi gua rasa cam takde apa gua belajar sem ni. tetiba je dah nak hbs emmmmmm. rasa macam teruknya aku sem ni. agak agak boleh maintain pointer tak hm haih k taknak cakap. hahaha.
rasa cam dah takde apa nak kongsi. haaa nak kongsi gambar secebis dua ke tidak? hahaha tapi takde gambar menarik so cane em jap carik jap gambar cun sikit then kita upload hamboi retis sangat. hahahhahahaha. okay la tu je. penulisan semakin teruk sebab dah lama tak belajar bm haaha. so lepas ni aku kena kerap lah menulis kannn... kalau ada masa la...... ok lah. hahahaha tu je okbai. muah.