Friday, January 20, 2012

Assalamualaikum :)
Sekarang ni dekat rumah. muahahaha. cuti raya cina kan. tapi empat hari jekot, tak puas ah cuti cenggini. hihi. haih, nak cerita pengalaman semalam. Kan selalunya aku balik, aku onthespot beli tiket bas time aku nak balik tu. So semalam aku gerak dari kolej pukul 2 setengah la after dah pack baju bagai. Lepas tu en en sampai je dekat AG sentral, tengok-2 tiket bas ke KL semua dah habis! licin! mak ai, acano aku nak balik ni kan? Jakgi aku pun naik bas pergi Melaka sentral. Hahaha, malang betul. Dah sampai tu, terus pergi atm maybank, tengok-2 tak boleh bawak keluar duit sebab hanya rm50 ada dalam mesin tu walhal tinggal rm30 dalam akaun -.-
Cari atm lain jumpa cimb kan. Nasib baik boleh. Dah cuak dah dalam hati. Ya Allah nasib baik boleh. Lepas tu pergi carik tiket bas. Bayangkan metrobus, jebat, maraliner semua tiket habis. Nasib aku, dapat bas Melor Interline. Uzur gila kot. Tiket bas pukul 6 setengah. Masa tu baru pukul 5, aku gerak mcd lepak sana. Sensorang. Sadis. Tapi serius aku cakap, aku suka apa jalan sorang sebab aku bebas kaki aku nak pergi mana bukannya ikut bontot orang je. Seronok tengok orang ramai dekat melaka sentral tu. Ramai budak handsome siot dekat sana. semua nak balik rumah sebab cuti. *sempat lagi*
Pukul 6 setengah naik bas. Okay aku bengang dengan bas melor tu. Bayar mahal tapi bas macam cilakak! Pening, busuk, sempit, lembap! Taubat tak naik dah -..-
Bayangkan pukul 6 setengah gerak, sampai KL pukul 9 lebih. Menderita dalam tu :/
Yesterday was a tired day. Seriously! Dan aku bangga sangat dengan diri aku sebab aku ialah seorang yang berdikari. Hahahaha. *bajet*
Diam kalian! kbai

No comments:

Post a Comment