Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 2, 2011

Rindu

Tiba-tiba aku jadi rindu. yee aku rindu sangat zaman sekolah aku. aku rindu sekolah menengah teknik kajang. sumpah aku rindu.
Setiap pagi budak-budak Gigih 4 which is dorm aku. G4 ada 17 penghuni. hihi. yee mestilah aku ingat lagi, aku kan pengawas asrama :') pagi-pagi semua bangun lambatkan? biasalah G4 kan dorm paling gangster haha. selalunya bila aku bangun aku tengok yang lain mesti dah mandi, ada jugak yang dah solat --' bukan nak kejut aku kan korang ni? tapi takpe, aku tak simpan dendam lah ^.^ hehe. lepas bangun tuh terus pergi mandi. errr, parah jugak kalau ramai yang bangun lambat, terpaksa lah aku tunggu turn nak mandi. aku bukan macam pyka yang suka sangat mandi dekat jamban. hew hewww. sorry pyka. hahah.
Lepas mandi tu solat subuh. subuh gajah weh. selalunya time form4 solat jemaah kan? tapi bila naik je form 5 dah naik lemakkk. semua peraturan nak langgar. biasalah senior bajet bagus kami nih. Lalalala.
Lepas subuh tu kelam kabut siap-siap pakai baju sekolah. semua comel-comel je. hihi. Tetiba dengar macam pagarblog kena kunci. semua lari lintang pukang sebab takut kena rotan dengan Ummi warden kan?

Dan antara budak-budak yang kena rotan tu semestinya budak dorm G4 :)
hahahahaha. sakit doh kena rotan -.-
lepas tu pergi roll call. selalunya tak pergi pun. bukan ponteng tau. tapi sebab takut nak pergi. yelahhhh, kalau lambat kena denda dengan Ummi. Masa kat sekolah masing-masing buat hal sendiri. yela, kebanyakannya kelas lain-lain. tapi G4 tak salah aku ramai kelas KMU iaitu kelas aku :) heheh
Balik tu terus gerak dewan makan. Makanan dm yang paling aku rindu weh :'( sumpah! even makanan dia kadang-kadang je sedap -.-
lepas makan Harus pergi koop beli mosha . Masa laluan nak ke koop tuh lah yang paling best kan kawan-kawan? sebab apa? sebab kena kacau dengan Aspura :) heee. gatal tak? gatal tak? tapi memang tempat tu aku paling rindu pun. ihih
Dah makan terus naik blok. Padahal kena pergi solat jemaah zuhur dekat masjid. jahatnya kita kan? err, correction! kita nakal sebenarnya :) ramai budak-budak blok H je yang selalu pergi jemaah kan. hehe.
sebab tu lah kot budak blok H result spm dorang gempak! Llalalalal. kesah pulak?
Dah naik tu terus tukar baju then tidur. okay aku paham semua kepenatan kat sekolah. padahal kat sekolah tu  tidur masa cikgu tengah ajar =.=

Malam pulak diisi dengan tuisyen. Best kan tuisyen? bukan sebab paham apa yang cikgu ajar tapi sebab ramai yang dapat dating dengan balak masing-masing. Gah. Terkantoi di situ. tapi korang ingat tak, warden blok B iaitu botak selalu jaga laluan nak balik tu. sebab ramai sangat couple balik sama-sama. kelakar kan?
nasib baik aku tak ada bf time sekolah dulu :)
Lepas balik tuh makan. selalu tengok menu jugak. kalau makan nasi lemak semua mesti nak makan. kalau errr roti semua taknak. memilih betul.
Balik dorm, solat isyak and lepas tuh sukahati lah nak buat apa. kebanyakannya texting and borak, haha. kitaoranglah tu. hahahaha. bukan nak study =.= dah tau spm nak dekat pun boleh buat bodoh lagi. har har.
and pukul berapa pagi baru nak tidur.
macam tulah kehidupan kita kat sana en? Best. aku rindu :'( bila nak reunion ni korang? please rindu nieeee.

p/s : G4 i miss each of you :'(

1 comment: